HIKAYAT
HANG TUAH
Hikayat
Hang Tuah mengisahkan mengenai kehidupan dan kepahlawanan Hang Tuah yang lebih
kepada unsur mitos dan juga rekaan sahaja. Hikayat Hang Tuah mengemukakan
pengalaman-pengalaman hidup yang tulin dan disuburkan unsur-unsur mitos, rekaan
dan dengan membesar-besarkan peristiwa-peristiwa yang mengakibatkan Hang Tuah[1].
Hikayat
Hang Tuah menceritakan mengenai latar belakang Hang Tuah mengenai asal usul
misalnya pengenalan mengenai ahli keluarga. Dang Merdu merupakan ibu kepada
Hang Tuah dan ayahnya pula bernama Hang Mahmud.Hang Tuah berasal daripada
Sungai Duyung di sana. Namun terdapat beberapa fakta yang menyatakan bahawa
Hang Tuah tinggal di pucuk hulu Sungai Perak
dan menjadi raja.[2]
Hang Tuah hanyalah golongan rakyat jelata yang biasa sahaja, ayahnya Hang
Mahmud menyara keluarganya dengan berkedai
dan mencari kayu. Pada satu malam, Hang Mahmud telah bermimpi bulan
turun dari langit dan cahaya memenuhi kepala anaknya Hang Tuah. Mimpi itu
menandakan satu kebaikkan kepada Hang Mahmud sekeluarga. Hang Tuah berjaya
menewaskan orang yang mengamuk di kampungnya, keberanian Hang Tuah amat
dikagumi oleh penduduk kampung. Hang Tuah bertemu dengan beberapa kawan baru
iaitu Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Lekir dan Hang Kasturi dan mereka berguru
dengan Sang Aria Putra di Bukit Pancasula. Ilmu yang ada ini menyebolehkan
mereka mempertahankan Bendahara Paduka Raja yang hampir menjadi mangsa amukan
pengamuk-pengamuk. Keberanian lima bersahabat ini menyebabkan mereka
dihadiahkan oleh Bendahara itu sepersalinan pakaian dan dilantik menjadi
biduanda baginda.
Dalam
Hikayat Hang Tuah juga turut menceritakan mengenai pembukaan Negeri Melaka oleh
Raden Inu Wijaya Nantaja apabila anjing baginda telah ditendang oleh seekor
pelanduk putih lalu jatuh ke dalam sungai. Penamaan Melaka adalah bersempena
dengan nama pokok yang disandar oleh
baginda semasa menyaksikan petarungan antara kedua binatang tersebut. Di
sebabkan oleh negeri Melaka tidak mempunyai Raja Muda, maka Raja Melaka telah
melantik Sang Jaya Nantaka setelah pemintaan daripada Raja Melaka itu direstui
oleh Sang Sapurba.Walaubagaimanapun, setelah menjadi Raja Muda Melaka baginda
telah difitnah yang dikatakan hendak merampas takhta Raja Melaka. Keadaan ini
menyebabkan Raja Melaka berasa murka akan Sang Jaya Nantaka dan baginda Raja
Melaka telah melucutkan jawatan Sang Jaya Nantaka setelah hukum bunuh yang
hendak dijatuhkan oleh baginda terhadap Sang Jaya Nantaka tidak dipersetujui
oleh Hang Tuah dan Bendahara. Setelah pelucutan jawatan, Sang Jaya Nantaka
menjadi pengail, dan bertemu dengan seorang saudagar kaya Parmadewan yang
menjadikan beliau sebagai Raja Benua Keling, kerana semasa Parmadewan bertemu
dengan Sang Jaya Nantaka hatinya kuat menyatakan bahawa Sang Jaya adalah
seorang yang akan menjadi Raja Besar suatu hari kelak dan firasat itu tepat
sama sekali apabila Parmadewan bertemu dengan Raja Melaka untuk mendapatkan
restu baginda menjadikan Sang Jaya Nantaka sebagai Raja Benua Keling manakala
Parmadewan tadi dilantik menjadi Bendahara Mangkabumi. Khabar kecantikan Tun
Teja menyebabkan hati Raja Melaka mula
tertawan, sehinggakan baginda menghantar utusan ke Inderapura iaitu Tun
Bija Sura bersama dengan Tun Utama untuk meminangnya. Walaubagaimanapun,
pinangan Raja Melaka ditolak oleh Tun Teja kerana menganggap dirinya tidak
setaraf dengan Raja Melaka. Raja Melaka berasa sangat kesal akan tindakan Tun
Teja. Bagi menyenangkan hati baginda yang sedang terluka itu, maka Patih Kerma
Wijaya mencadangkan kepada baginda untuk meminang anak kepada Betara Majapahit
yang bernama Raden Mas Ayu . Lalu utusan dan pinangan dengan ghali “Mendam
Berahi” pun dihantar ke Majapahit dan diterima dengan penuh suka.
Pinangan
yang diterima oleh Puteri Majapahit itu, maka baginda Raja Melaka telah
menitahkan untuk membina kapal yang diberi nama ‘ Kumbang Nuri’. Rombongan
baginda bersama dengan pengikutnya ke Majapahit disambut dengan meriah, dan
majlis tari menari telah diadakan pada malam itu, dalam majlis ini Patih Gajah
Mada telah berniat besar untuk melakukan pembunuhan Hang Tuah. Namun, rancangan
itu gagal kerana dapat dikesan awal oleh Hang Tuah, dan kehebatan Hang Tuah
menyebabkan pengikut Patih Gajah Mada akur akan niat mereka. Dalam upacara
majlis perkahwinan Raja Melaka dengan Raden Mas Ayu, rancangan untuk membunuh
Hang Tuah masih diteruskan oleh Patih Gajah Mada. Pemberian arak kepada Hang
Tuah sememangnya tidak berkesan sama sekali kepadanya kerana Hang Tuah
mempunyai ilmu yang menukarkan arak kepada air biasa. Namun yang demikan,
keadaan majlis baginda kucar-kacir kerana belaku amukan oleh pengikut Patih
Gajah Mada yang hendak membunuh Hang Tuah dan munculnya seorang penjurit yang
bernama Taming Sari dan turut serta hendak membunuh orang Melaka dan Hang
Tuah.Kehebatan Hang Tuah menyebabkan dia berjaya membunuh Taming Sari dan
mengambil keris Taming Sari yang menjadi lambang kekuatan kepadanya.
Sang
Bima Sina telah diupah oleh Patih Gajah Mada untuk merampas keris Taming Sari
yang dimiliki oleh Hang Tuah. Keris Taming Sari berjaya diperolehi oleh Sang
Bima Sina namun, keris Patih Gajah Mada telah dirampas oleh Hang Tuah.
Keselamatan Hang Tuah yang sangat terancam menyebabkan Raja Melaka risau dan
membawa rombongan mereka dari Majapahit kembali ke Melaka. Laksamana berlima
masuk ka Taman Larangan baginda tetapi dimaafkan oleh baginda dan segala
kesalahan yang dilakukan oleh Laksamana Hang Tuah diampuni oleh Raja Melaka
yang sangat sayang akannya.
Kasih
Sayang Raja Melaka kepada Hang Tuah menyebabkan pembesar-pembesar lain cemburu
akannya, terutamanya Patih Kerma Wijaya. Sehinggakan Patih Kerma Wijaya telah
membuat fitnah terhadap Hang Tuah dengan menyatakan bahawa Hang Tuah melakukan
hubungan dengan dayang-dayang di istana. Bendahara Paduka Raja telah dititahkan
untuk membunuh Hang Tuah namun, bendahara tidak melakukannya. Jasa baik
bendahara ini menyebabkan Hang Tuah berniat
untuk mendapatkan Tun Teja untuk Melaka. Semasa ke Inderapura, Hang Tuah
tinggal di kampung Seri Bendahara Buana
dan menjadi anak angkat kepada inang Tun Teja iaitu Dang Buana. Akhirnya, dalam
diam Tun Teja telah menyimpan perasaan kepada Hang Tuah sehingga bermimpi dia
akan dibawa ke Melaka oleh Hang Tuah.
Hang
Tuah telah membawa lari Tun Teja di atas bantuan Inang Dang Buana. Pelbagai
usaha yang dilakukan oleh Hang Tuah untuk menambat dan membawa Tun Teja pergi
bersamanya sehinggakan Dang Buana sendiri telah digocoh mulutnya dengan tempurung
berbulu kerana menyampaikan hasrat Hang Tuah dan usaha berjaya setelah Hang
Tuah telah menggunakan “Jebat” iaitu cembul berisi bau-bauan. Kemujaraban ubat
ini menukar hati Tun Teja memudahkannya untuk dibawa lari oleh Hang Tuah,
pemergian Tun Teja ini tidak diketahui oleh kedua orang tuannya. Kebetulan Tun
Bija Sura dan Tun Ratna Diraja singgah di Inderapura, maka kapal itulah yang
digunakan oleh Hang Tuanh untuk membawa lari Tun Teja.Raja Melaka sangat gembira
melihat kedatangan Tun Teja, perasaan cinta Tun Teja terhadap Hang Tuah
bertukar kepada benci keran perasaan itu telah ditukar kepada perasaan suka
terhadap Raja Melaka.
Kemarahan
Megat Panji Alam iaitu tunang kepada Tun Teja membuak-buak apabila baginda
mendapat khabar bahawa tunangnya telah dibawa lari.Baginda Megat Panji Alam
merancang untuk menyerang Melaka. Menyedari akan hal ini, bendahara paduka
Raja memberitahu Sang Maniaka untuk
menyampaikan kepada Hang Tuah bagi menentang Megat Panji Alam ini. Hang Telah
bersama kawan-kawannya pergi ke Inderapura untuk menentang Megat Panji Alam dan
akhirnya Megat Panji Alam terlebih awal telah ditewaskan oleh Hang Jebat dan
Hang Kasturi.
Perkahwinan
antara Raja Melaka dengan Tun Teja menyebabkan baginda jarang berjumpa dengan
para pembesar kecuali Hang Tuah, Raden Mas Ayu sendiri kurang berjumpa dengan
baginda walaupun Raden Mas Ayu telah membawa kandungan selama 7 bulan.
Disebabkan oleh telalu mengidam akan nyiur gading maka beberapa pembesar
diperintah untuk mengambilnya namun tiada seorang pun yang berjaya melainkan
Laksaman Hang Tuah sahaja yang berjaya mengambilnya dan ini menyebabkan Hang
Tuah telah dikurniakan penghargaan oleh Raden Mas Ayu. Setelah genap bulan,
Raden Mas Ayu telah melahirkan seorang putera yang diberin nama Raden Bahar.
Berita Kelahiran putera baru ini telah dikhabarkan kepada ayahnda Raden Mas Ayu
di Majapahit iaitu, Seri Betara. Setelah beberapa bulan Raden Mas Ayu telah
berputera lagi dan puteranya diberi nama Raden Bajau.Setelah dewasa, Raden
Bahar dan Raden Bajau telah bermain kuda tezi dan kuda tersebut berlari dengan
pantas setelah belakangnya ditunggangi orang. Kuda tezi jatuh ke dalam telaga
tahi dan berjaya diselamatkan oleh laksamana.
Kerinduan
Raja Majapahit terhadap Raden Mas Ayu menyebabkan beberapa perutusan telah
dihantar ke Melaka. Sekali lagi Patih Gajah Mada mengambil peluang untuk
menewaskan Hang Tuah dengan membuat fitnah dan merancang untuk membunuh Hang
Tuah semasa majlis makan malam rombongan dari Melaka. Namun, usaha Patih Gajah
Mada hanyalah sia-sia sahaja kerana arak yang diberikan kepada Hang Tuah tidak
sedikit pun memberi kesan kepadanya. Hang Tuah telah menyamar menjadi Sang
Marga Paksi dan membunuh beberapa orang para perajurit upahan Patih Gajah Mada
dan juga Hang Tuah telah membunuh
ketujuh-tujuh kumpulan perompak yang hendak merompak Melaka pada ketika itu.
Semasa
laksamana Hang Tuah menjadi Hulubalang di Istana, semua pembesar istana berasa
iri hati tehadapnya dan menyebabkan para pembesar ini telah bermesyuarat dengan
Patih Kerma Wijaya dengan menyatakan bahawa Hang Tuah telah melakukan cabul di
dalam Istana. Fitnah dan alasan yang diutarakan oleh pembesar ini menyebabkan
Patih Kerma Wijaya berasa sangat marah lalu menghadap Raja Melaka dan
menceritakan hal tersebut. Raja Melaka tanpa usul periksa berasa sangat murka
den mengarahkan Bendahara untuk membuang Hang Tuah. Hang Tuah telah berguru
dengan Syeikh Mansur dan setelah pemergian Hang Tuah menyebabkan Hang Jebat
menjadi laksamana yang baru dan dianugerahkan gelaran “Paduka Raja”. Keris
Pandak yang dimiliki oleh Hang Tuah turut diserahkan kepada Hang Jebat.
Semasa
Hang Jebat menduduki takhta, perlakuannya sememangnya tidak menyenangkan semua
pembesar-pembesar termasuk Raja di istana. Hang Jebat bermaharajalela di istana
akibat rasa geramnya terhadap Raja Melaka yang menjatuhkan hukum bunuh keatas
sahabatnya Hang Tuah. Tindakan Hang Jebat yang sering berbuat malu dengan para
dayang-dayang di istana dan sikapnya yang bermuka-muka bagaikan anak Raja
menyebabkan hati Raja sungguh kesal membuang Hang Tuah yang penuh ketaatan
berbanding Hang Jebat yang menderhaka kepada Raja. Raja telah menitahkan Patih
Kerma Wijaya, Hang Kasturi, Hang Lekiu serta temenggung untuk membunuh Hang
Jebat namun usaha mereka gagal . Menyedari akan hal ini, dengan segera
Bendahara Paduka Raja memberitahu bahawa Hang Tuah masih hidup dan berada di
Hulu Melaka. Raja Melaka berasa gembira mendengar khabar daripada Bendahara
tersebut lalu menitahkan Tun Pekerma dan Tun Kasturi untuk menjemput Hang Tuah
kembali.
Kepulangan
Hang Tuah disambut dengan kegembiraan oleh Raja Melaka. Baginda memberi ayapan
kepada Hang Tuah. Baginda menitahkan Hang Tuah agar beradu tenaga dengan Hang
Jebat. Badan Hang Tuah yang masih oenat menyebabkan dia terpaksa berehat selama
lima hari lima malam. Keris Taming Sari yang menjadi tanda kekuatan Hang Tuah
dahulu masih berada di dalam tangan Hang Jebat. Keadaan ini menyebabkan Hang
Kasturi terpaksa meminta keris daripada ayahandanya diatas titah baginda.
Ketibaan Hang Tuah bersama dengan 40 orang para pengawal telah menyebabkan
keadaan istana menjadi huru-hara kerana semua perempuan di istana tersebut
berteriaka ketakutan. Bunyi bising tersebut menyebabkan Hang Jebat terbangun
daripada tidurnya yang lena. Hang Jebat terkejut melihat Hang Tuah dihadapannya
kerana dia beranggapan bahawa Hang Tuah sudah mati. Pergelutan antara Hang Tuah
dan Hang Jebat telah belaku dan semua wanita di dalam istana tersebut telah
dibunuh kecuali Dang Baru yang sedang
sarat mengandung 7 bulan. Hang Jebat telah berpesan kepada Hang Tuah untuk
menjadikan anak yang dilahirkan Dang Baru sebagai pengawal dan diberi nama Tun
Nadim jika ia laki-laki, tetapi jika dilahirkan anak perempuan maka semuanya
terserah kepada Dang Baru. Kepenatan bertarung menyebabkan kedua sahabat ini
berehat seketika, maka Hang Tuah mengambil kesempatan untuk merampas keris
Taming Sari yang ada pada Hang Jebat. Hang Jebat telah berjaya ditikam oleh
Hang Kasturi dengan mengguanakan keris tersebut. Walaubagaimanapun, Hang Jebat
masih hidup dan berjumpa dengan isterinya. Kemudian Hang Jebat melakukan amukan
ke atas rakyat Melaka sehingga ramai yang terkorban olehnya. Hang Jebat telah
dibawa pulang ke rumah oleh Hang Tuah dan semua balutan luka dibuka dan darah
keluar dengan banyaknya. Hang Jebat pun mati di pangkuan saudaranya. Raja
Melaka menitahkan agar mayat Hang Jebat digantung di tengah-tengah jalan besar
untuk menjadi tontonan rakyat. Perintah
Raja sentiasa dituruti oleh Hang Tuah dan menyebabkan Raja sangat kasih
akannya. Keadaan ini menyebabkan ramai yang semakin cemburu terhadap Hang Tuah.
Dang Baru pula melahirkan seorang anak lelaki dan diberi nama Hang kadim. Raja
menitahkan agar anak itu dibuang ke laut tetapi dihalang oleh Hang Tuah kerana
dia ingin menunaikan wasiat yang diamanahkan oleh sahabatnya Hang Jebat untuk
memeliharanya. Hang Tuah telah meminta kasih akan Tun Teja untuk dipeliharakan
anak tersebut dan Hang Kadim dihantar ke Inderapura di bawah jagaan ayahanda
Tun Teja iaitu Bedahara Seri Buana.
Patih
Gajah Mada masih berniat besar untuk membunuh Hang Tuah, oleh hal yang demikian
Patih telah menggunakan Kertala Sari untuk membunuh laksamana sebagaimana
laksamana telah membunuh ayahnya Marga Paksi. Kertala Sari telah pergi Melaka
dan menyamar menjadi orang Jawa biasa. Kertala Sari telah mencuri segala harta
penduduk Melaka dan disimpan di Bukit China. Ilmu yang dimiliki oleh Kertala
Sari menyebabkan dia sukar untuk ditangkap oleh pengawal dan temenggung Istana.
Menyedari akan hal Kertala Sari, Hang Tuah telah menyamar menjadi bangkai dan
baring di pasar, semasa Kertala Sari lalu dekatnya lalu dibunuh dan memotong
syahwat Kertala Sari. Harta yang dicuri oleh Kertala Sari diserahkan semula
kepada pemiliknya dan berita kematian Kertala Sari sampai ke Majapahit dan
Patih Gajah Mada bersama dengan Betara Maja Pahit tetap berusaha untuk membunuh
Hang Tuah.
Hang
Tuah telah diutus oleh Raja Melaka ke Benua Keling.Hang Tuah telah melakukan
beberapa perkara yang mulia semasa dia berada di sana, iatu dia telah berjaya
menaiki kuda tezi di hadapan Kisna iatu
Raja Keling, dan kuda itu dikatakan tidak boleh dinaiki oleh sembarangan
melainkan seorang hulubalang yang betul-betul hebat. Hang Tuah juga telah
membantu keluarga angkatnya iaitu isteri Nala Sang Guna untuk mendapatkan anak
dengan membuat ubat subur kepadanya. Hang Tuah juga telah bertemu dengan Nabi
Khaidir dan menganugerahkan biji buah kayu kepadanya. Semasa Kisna Rayan hendak
berkunjung ke rumah Nala Sang Guna, Nala Sang Guna telah meminta tolong kepada
Hang Tuah untuk membantunya masak dan mencari idea hendak memasak nasi kerana,
pada ketika itu penjualan kayu api adalah dilarang.Hang Tuah telah menggunakan
idea dengan menyuruh Nala Sang Guna untuk membakar dengan kain sebagai bahan
api.Laksamana juga telah berjaya melihat wajah Raja Cina semasa baginda makan
sayur kangkung.Semasa pejalanan pulang pula Hang Tuah telah diserang oleh orang
Feringgi namun berjaya di tewaskannya.
Anak
raja Melaka iaitu Raden Bahar telah memegang takhta sebagai Ratu Majapahit
mengantikan betara Majapahit. Adipati Solok telah datang ke Melaka untuk
menguji kehandalan Hang Tuah namun dia telah berjaya ditewaskan dan dia
ditinggalkan oleh laksamananya yang melarikan diri. Walaupun begitu, Adipati
dilayan dengan baik oleh pembesar dan baginda Melaka sehinggakan dia dihantar
pulang ke negeri Brunei dan rombongan yang menghantarnya juga di sambut dengan baik sekali.
Raja
Melaka telah mengutuskan laksamana Hang Tuah ke Siam untuk membeli gajah.
Semasa di Siam, laksamana telah diajar beberapa adat Siam seperti mengadap
seorang diri dan merangkak. Semasa mengadap Phra Cau, laksamana telah mempertikaikan
untuk tidak merangkak kerana mengatakan dia mempunyai penyakit dan menyebabkan
dia tidak boleh merangkak. Phra cau telah menguji kehandalan laksamana Hang
Tuah dan berjaya menewaskan Cin Cun
beserta dengan lima orang pendekar Jepun.
Semasa dalam perjalanan pulang ke Melaka, laksamana Hang Tuah telah diserang
oleh Jepun tetapi berjaya ditewaskan oleh Laksamana Hang Tuah. Raden Emas ayu
telah melahirkan seorang puteri dan diberi nama Puteri Gunung Ledang manakala,
Tun Teja pula melahirkan dua orang putera yang diberi nama Sultan Mahmud dan
Sultan Muhammad.
Baginda
menitahkan Tun Ratna Diraja dan Tun Maharaja Diaraja untuk pergi ke Sailan bagi membeli permata
untuk dibuat baju kepada dua orang anak baginda iaitu Sultan Mahmud dan Sultan
Ahmad. Raja Culan iatu raja negeri Sailan telah datang ke Melaka untuk meminang
anak Raden Mas Ayu iaitu Puteri Gunung Ledang, pelbagai peristiwa pelik yang
telah berlaku semasa raja Culan ini bersabung ayam dengan Pak Si Molong
sehinggakan bahteranya tenggelam dan juga istana Terengganu pula terbakar. Raja
Melaka berasa sangat marah mendengar akan perihal ini lalu mengutus Laksamana
Hang Tuah untuk menyerang negeri Melaka. Sultan Mahmud telah dikahwinkan dengan
puteri Terengganu iaitu Puteri Sekanda Jaya Leka dan Sultan Ahmad pula
dikahwinkan dengan Megat Maksum iatu anak bendahara Terengganu.
Inderapura
telah diserang oleh ikan todak. Ramai rakyat di negeri itu telah mati dan anak
Hang Jebat iaitu Hang Kadim telah memberitahu kepada baginda raja Melaka untuk
berkotakan batang pisang. Semua ikan yang menyerang Inderapura itu terlekat
pada batang pisang dan keadaan lebih selamat. Oleh hal yang demikian, baginda
Raja Inderapura telah memuji akan kebijaksanaa Hang Kadim dan memberinya
gelaran. Keadaan ini menyebabkan Hang Kadim telah amat didengki oleh beberapa
pembesar dan menyebabkan para pembesar mencari idea untuk menfitnah Hang Kadim
dengan menyatakan bahawa dia telah bermukah dengan dayang istana. Raja Melaka
berasa sangat marah lalu dihukum mati oleh Raja Inderapura. Berita kematian
Hang Kadim telah diketahui oleh Tun Teja dan Raja Melaka, Raja Melaka berasa
sangat marah dan menitahkan agar membunuh mereka yang berkaitan membunuh Hang
Kadim termasuklah raja Inderapura.
Hang
Tuah telah jatuh sakit semenjak kerisnya jatuh ke dalam kolam semasa inigin
menyelamatkan mahkota Raja Melaka yang turut jatuh ke dalam kolam tersebut.Raja
Portugal telah menyerang Melaka, walaupun dalam keadaan sakit Hang Tuah turut
membantu maharaja Setia dan juga maharaja Dewa untuk membantu mengalahkan orang
Feringgi yang dikatakan hendak menawan Melaka. Hang Tuah hanya terkena bedilan
orang Feringgi dan jatuh kedalam air,namun laksamana masih hidup dan tidak lama
selepas itu laksamana pun sembuh.
Hang
Tuah, Maharaja Setia dan Maharaja Dewa telah pergi ke Turki untuk membeli
meriam untuk memperkukuhkan lagi pertahanan Kota Melaka.Hang Tuah beserta
dengan rombongannya telah singgah ke Mekah dan bertemu dengan Nabi Khidir dan
Hang Tuah telah diberikan cembul oleh
Nabi Khidir. Hang Tuah juga telah dibawa melawat ke beberapa kubur
Nabi-nabi. Setibanya di benua Rom , rombongan ini telah dijemput oleh
Syahbandar Rom dan tujuan rombongan ini datang adalah untuk membeli meriam dan
bedil, semasa di Rom mereka tidak dapat melihat wajah Raja Rom kerana
dilindungi oleh jala-jala emas.
Akhirnya,
pemerintahan yang dipegang oleh Raja Melaka selama ini telah diturunkan kepada
anaknya iaitu Puteri Gunung Ledang. Begitu juga dengan laksamana dan juga
bendahara Melaka yang menyerahkan jawatan kepada anak-anak mereka. Melaka telah
diserang oleh orang Feringgi yang pada asalnya hanya berdagang di negeri Melaka
tetapi dalam diam mereka telah membeli sebidang tanah untuk dijadikan gedung
menyimpan senjata .Keadaan ini menyebabkan ramai orang Melaka melarikan diri ke
negeri Johor. Namun yang begitu, apabila orang Wolaanda telah datang dan hendak
menyerang Melaka. Orang Wolanda telah meminta bantuan daripada orang
Johor untuk menewaskan orang Feringgi yang bermaharajalela di negeri Melaka
pada ketika itu. Akhirnya orang Feringgi berjaya ditewaskan.
bukanlah semua kisah di dalam hikayat hang tuah itu mitos semata2..ia lebih kepada puzzle2 yang perlu dicantumkan.
ReplyDeleteyup betul tu.. bukan sahaja mitos.. tetapi lagenda dan fakta juga ada. ini adalah sebuah karya epik. karya agung kebanggaan kita kerana jika diteliti kebanyakan manuskrip lama kita berkisarkan tentang raja tetapi yang satu ini berkisarkan rakyat biasa dan kebergantungan kesultanan Melaka amat tinggi terhadap seorang laksamana Melayu (sekarang tentera laut) iaitu Hang Tuah.
Delete