Monday 16 January 2012

sinopsis sejarah melayu karya A. Samad Ahmad


SEJARAH MELAYU
            Sejarah Melayu lebih menceritakan menceritakan mengenai asal-usul raja Melayu serta menceritakan mengenai kerajaan Melayu hingga kedatangan orang Portugis. Sejarah Melayu ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu, bahagian pertama lebih kepada unsur mitos dan dongeng yang menceritakan mengenai asal-usul raja-raja dalam sesebuah negara, asal-usul negeri dan sabagainya. Misalnya, mengisahkan asal-usul raja-raja melayu yang dikatakan berasal daripada keturunan Raja Iskandar Zul-Karnain. Sebermula, mengisahkan apabila perkahwinan antara Raja Suran yang masuk ke dalam laut dan mengahwini Puteri daripada negeri Barsam yang bernama Puteri Mahtabul. Hasil perkahwinan mereka ini melahirkan tiga orang putera yang diberi nama Nila Utama, Nila Pahlawan dan juga Kerisyna Pandita. Ketiga-tiga putera ini telah turun ke Bukit Siguntang dengan penuh gemilang apabila mereka turun di sebuah kawasan sawah padi yang dimiliki oleh Wan Malini dan Wan Empuk. Wan Empuk dan Wan Malini telah berkahwin dengan Nila Pahlawan dan Kerisyna Pendita. Manakala, Nila Utama telah dikahwinkan dengan anak Demang Lebar Daun.
          Pembukaan negeri Singapura oleh Nila Utama juga banyak berunsurkan mitos misalnya penemuan binatang yang lalu dihadapan Demang Lebar Daun yang sungguh tangkas dan menjadikan nama binatang tersebut iaitu singa. Maka dari nama Temasek berubah kepada nama Singapura. Cara pemerintahan raja-raja melayu turut diceritakan dalam Sejarah Melayu yang lebih menceritakan mengenai kelima-lima pemerintah Singapura berdasarkan unsur-unsur lagenda yang berkait dengan kegagahan dan kekuatan. Raja Iskandar Syah telah diserang oleh orang Majapahit dan menyebabkan baginda terpaksa melarikan diri ke Melaka lalu membuka kerajaan Melaka.
          Terdapat juga pelbagai mitos mengenai pembukaan Samuder-Pasai yang dikaitkan dengan penemuan seekor semut besar. Dalam penceritaan mengenai pembukann negeri Samudera-Pasai juga dikaitkan dengan kedatangan Islam ke Alam Melayu apabila Merah Silu yang bermimpi berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w dan mengajar Merah Silu mengucapkan dua kalimah syahadat. Selepas daripada peristiwa tersebut baginda Merah Silu telah menukarkan namanya kepada Sultan Malikul Salleh.
Di dalam Sejarah Melayu juga turut menceritakan mengenai pemerintah negeri Melaka iaitu RAJA ISKANDAR SYAH, RAJA BESAR MUDA,RAJA TENGAH,RAJA KECIL BESAR (SULTAN MUHAMMAD SYAH), SULTAN ABU SYAHID (RAJA IBRAHIM),SULTAN MANSUR SYAH (RAJA ABDULLAH), SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH (RAJA HUSSAIN), SULTAN MAHMUD SYAH (RAJA MAMAD ATAU RAJA MUHAMMAD),SULTAN AHMAD SYAH (RAJA AHMAD.

            Sejarah Melayu juga mengisahkan tentang zaman kegemilangan dan zaman kejatuhan Melaka kedalam tangan Portugis apabila angkatan Peringgi yang diiringi oleh Alfonso d’albuquerque menyerang Melaka dan menyebabkan Sultan Mahmud yang memerintah Melaka pada ketika itu melarikan diri ke negeri Pahang. Maka pelantikan Tun Seri Lanang sebagai Bendahara Diraja oleh Sultan Abdullah Ma’ayah Syah untuk mencatat mengenai salasilah diraja itu maka terhasilnya catatan yang dikenali sebagai Sejarah  Melayu ataupun Sulalatus Salatin.




1 comment:

  1. PokerStars Casino App and Login - JTM Hub
    PokerStars Casino App and Login. 과천 출장마사지 PokerStars Casino app and 서산 출장샵 Login. Play live games, get instant-play cash games and 포천 출장샵 win 동두천 출장마사지 at your 포항 출장안마 fingertips with

    ReplyDelete